Saturday, March 13, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah - Para Ibu

Kursus yang dianjurkan oleh surau Al-Amin, Senawang
Pagi tadi kaklong menghadiri kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh surau di taman kaklong. Mencari ilmu sementara masih ada. Sekurang-kurangnya tahulah apa yang perlu dilakukan jika terjadi sesuatu ke atas ahli keluarga kita. Masih lagi belajar walaupun ini adalah kali kedua kaklong mengikuti kursus pengurusan jenazah. Pertama kali, mengikuti kursus semasa bekerja di PDRM, Bukit Aman - hampir 15 tahun dulu. Lama dah, ingat lagi ke?
Kaunter pendaftaran

Ustazah Zainab Memotong kain kafan

Kain dipotong mengikut ukuran si mati sbyk 3/5 lapis

Model dari peserta kursus

Anak-anak melihat model dikafankan

Hampir siap dikafankan Selesai sudah dikafankan tetapi muka tidak ditutup
(lemas le pula model tu nanti)

Akhirnya, disolatkan jenazah tersebut

Gambar bawah nie, sarapan pagi yang diberi kepada para peserta kursus.



Kursus tamat lebih kurang 12.45 t/hari, kemudian dijamu makan tengahari. Insya'allah jika berkesempatan akan kaklong beri sedikit ilmu yang diperolehi semasa kursus di n3 akan datang.




3 comments:

  1. Salam Sha, rugi tak dapat hadir, urusan perkahwinan anak saudara. Sapa yg jadi model tu?

    ReplyDelete
  2. ada jugak niat di hati nak berkursus macam ni, tapi bila kat rumah, tak teringat, bila kat tempat kerja, tak de sapa yang sediakan kursus macam ni, kalau sendiri nak, sendirilah kena cari... kan. :(

    ReplyDelete
  3. salam:)

    annie - rugi tak gi. Model, rumah dua tingkat tu. nama dah lupa le pula.

    Maksu - kena usaha sendiri le cari. Utk menimba ilmu.

    ReplyDelete