Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010


Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua pembaca blog saya di alam maya. Semoga tahun nie kita semua akan dirahmat Allah swt. Semoga segala pengalaman di tahun 2009 menjadi iktibar buat kita, sebagai hamba Allah.

Monday, December 21, 2009

Hari terakhir Kem Motivasi 09

En. Huzairi dari Pusat Kaunseling MAINS

Suasana terakhir di Kem Motivasi 09 bersama ibubapa. Berbagai ragam. Ada yang mengalirkan airmata semasa sessi terakhir dibuat, "Jalinan Kasih Sayang".
Pn. Norsiah bersama 2 org anaknya
Anak-anak bersama ibubapa
Sessi perpisahan


Saturday, December 19, 2009

Majlis Aida dan Khairul - Tmn Jujur Sikamat

Di Masjid Kariah Sikamat
Acara membatal air sembahyang

Petang semalam kaklong memenuhi undangan dari Taman Jujur, Sikamat. Bukan orang lainpun, pangkat mak saudara gak. Kali nie anaknya yang nombor empat. Kiranya kaklong dengan pengantin, dah dua pupu. Pasangannya orang Johor, dan minggu depan kita ke sanalah pula.

Malamnya - Acara Berinai

Majlis tengahari tadi - 19.12.09 serba pink tema dari pengantin

Pelamin pink citarasa pengantin perempuan

Dihujani dgn kertas warna-warni utk menggantikan taburan bunga rampai

Berarak ke pelamin

Senyuman manis dari mempelai utk para tetamu

Friday, December 18, 2009

Aktiviti Kem

Disuruh baring, nak kira bintang kot!!!
(pagi tak de bintang)

Pagi tadi kaklong lihat anak-anak yang menyertai kem motivasi membuat senaman di padang depan rumah kaklong. Riuh bunyinya. Lama dah padang tu sunyi dari segala aktiviti rasmi. Sekali sekala seronok gak tengok dorang bersenam.

Yg duduk santaipun ada

Gelagat anak-anak, lain yang disuruh, lain yang dibuat. Terjeritlah jurulatih yang mengajar, siapa lagi kalau tak En. Salim bekas askar. Tengoklah bagaimana bekas askar mencurahkan ilmu yang diperolehi semasa di dalam pasukan beruniform.

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah utk semua, semoga segala doa dan hajat kita dimakbulkan olehNYA. Moga tahun ini akan membawa rahmat dan negara kita dihindari dari segala keburukan. Amin


Thursday, December 17, 2009

Ke Kem Motivasi - Surau Al-Amin, Senawang

Nak gak berposing
Melihat gelagat kembar bersama kengkawannya, mencuit hati. Macam nak gi jauhlah pulak, padahal selang 6 buah rumah aje dari rumah kaklong. Kat surau aje tapi meriah kalau dilihat dari persiapan yang dibuat. Dianggarkan seramai 70 peserta.

Dilihat dari aturcara majlis, memang padat. Bermula dari pukul 4 pagi hinggalah pukul 10 malam. Larat dengan tidak aje anak-anak nie. Kalau berjaga tengok tv atau game boleh, jadi biar dia rasa untuk bermuhasabah diri tu.

Macam-macam yg nak dibawa

Mengatur langkah utk ke Kem

Tgk ape lagi tu

Aturcara majlis

Sunday, December 13, 2009

Majlis Persandingan - Siti Hasmah & Nizam

Suasana di DewanPelamin dihias indah
Pasangan yg diraikan
Nana dan Ammar
Semangat kerjasama dari sepupu2
Mira dan Nana
Menjamu selera
Paksu menikmati makanan
Majlis persandingan Siti diadakan di Dewan Orangramai Batu Kikir yang bertemakan warna hijau. Doa dari kaklong semoga pasangan ini berkekalan hingga ke akhir zaman dan hidup aman damai.


Majlis Pernikahan Siti Hasmah

Acara Khatam Al-Quran
Akad nikah
Malam Berinai Besar
Majlis pernikahan yang diadakan pada petang raya Aidil Adha yang lalu. Pengantin perempuan tu sepupu, anak makngah kaklong. Siti nie dulu pernah menjaga kaklong dalam pantang semasa kaklong melahirkan Nana. Jadi sebagai membalas "jasa", kaklong meringankanlah tulang dan tangan untuk membantu di majlis tersebut. Taklah besar mana pertolongan kaklong tetapi jasa orang tetap di kenang.

Friday, December 11, 2009

Kem Motivasi Remaja 2009

Disebabkan ramai anak-anak di taman kaklong nie yang tak ada aktiviti, pihak AJK Surau Al-Amin telah mengambil peluang untuk mengadakan kem motivasi sebagai khidmat sosial pihak AJK surau untuk anak remaja.

Insya'allah kalau tak ada apa halangan pada 17hb Disember nie, kem tersebut akan diadakan dengan bimbingan Ustaz Hj Hambali dan Ustaz Ryzal. Pelbagai aktiviti telah diatur termasuklah "Treasure Hunt" . Bahagian nie yang dorang suka.

Kaklong juga mengambil kesempatan untuk menghantar kembar bagi menyertai kem tersebut. Biar dorang rasa berdikari sikit. Duduk rumah asyik makan, tidur, menghadap komputer/game lebih baik hadir kem motivasi. Mudah-mudahan ada sikit faedah pada diri dorang.

Wednesday, December 9, 2009

Besday Girl - Nana

Kek utk besday girl
Semalam ulangtahun anak kaklong, Nana yang ke-6. Tak buat apepun cuma panggil dua tiga orang kengkawannya, nak beri meriah sikit. Baru aje nak masuk umur 6 tahun, tahun depan dah nak darjah satu. Tu ari beli baju sekolahnya, punyalah seronok nak pegi sekolah. Setiap hari membelek baju sekolah, jangan dah sampai masanya tak nak pegi, sudah. Selalunya macam tu le.

Kengkawan gaduhnya

Selamat Hari Lahir untuk Nana semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Amin.

Sempena Cuti Sekolah

Hari nie berkesempatan untuk mengupdate blog kaklong, rasanya dah lama tak meninjau blog kengkawan. Beri peluang untuk anak-anak. Biarlah 24 jam kat depan komputer tu janji tak buat perkara yang tak elok. Kalau dah lima orang anak berebut-rebut, ibunya terpaksalah mengalah.

Masa kaklong zaman dorang dulu, mak tak mampu nak beli komputer jadi banyak aktiviti luar yang kami buat. Cuti sekolah aja dah lengkap jadual sebulan nak buat ape. Tak takut ape pun kalau main di luar kawasan rumah tapi zaman sekarang nie, jangan lepa aja macam-macam yang kita dengar. Banyak sangat gejala sosial yang kurang sihat.

Cuti nie kaklong beri kebebasan untuk anak-anak menghadap komputer 24 jam tapi kena pantau. Banyak sangat laman web yang bahaya. Nak main game PS ke, janji jangan bergaduh. Biasanya kalau main PS nie dorang suka main bola lepas tu bergaduh sebab kalah. Itu yang buat kaklong pening. Selalu yang menjadi mangsa, Amri. Abang-abang dia suka buli. Kalau Nana pula, akaknya yang suka mengusik. Nana dah main tak pandai nak mengemas, tu yang jadi gaduh. Pening dibuatnya.

Tapi itu semua asam dan rencah kehidupan berumahtangga. Kalau tak ada anak, sunyilah pula. Apapun kaklong tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNYA.