Sempena cuti buruh lalu, kaklong dan keluarga telah bercuti ke Mersing. Kali ni kaklong pergi bersama keluarga sebelah suami pula. Kaklong ke Tenglu Laut. Chaletnya mengadap pantai, memang seronok. Sebenarnya chalet tu anak buah yang punya. Sesiapa yang berhajat bercuti sambil menikmati pantai dan 'membeli belah' pelbagai jenis ikan, ketam dan sotong, silalah.
Kadar sewanya berpatutan dan pelbagai kemudahan ada disediakan. Kadar chalet pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah RM120 (chalet besar) dan RM60 (chalet kecil). Manakala hari-hari biasa RM70 (chalet besar) dan RM30 (chalet kecil). Pada sesiapa yang berminat, hubungi En. Rashidi di talian 019-2049678.
Sepanjang bercuti disana kaklong banyak habiskan masa dekat chalet aje. Tak pergi pun melawat tempat lain. Penuh dengan acara makan, makan dan mandi di pantai. Seronok sangat. Anak-anakpun tak bising nak ke mana. Semuanya dengan aktiviti masing-masing. Kaum ibu dan kaum bapa sibuk memasak dan mencipta resepi baru. Ada-ada aje yang nak dibuat dan dimakan.
Insya'allah di penghujung tahun akan diadakan percutian "family day" di sana lagi. Kali ini diharapkan semuanya akan dapat menghadirkan diri dan memberi kerjasama.


Nampak cam best aje kan? harga pun tak mahal..tapi senang ke nak cari tempat Tenglu Laut tu?
ReplyDeleteada tivi tak kat chalet tu?
ReplyDeletesalam:)
ReplyDeletesya: senang aje, dr bandar mersing terus aje menyusuri pantai (org sana panggil Tanjung). Di sanalah letaknya chalet tu. silalah ke sana.
maksu: bkn setakat tivi aje, mesin basuh, dapur, mcm2 ada. keliling chalet ada pokok cili, kacang panjang dan terung sekali. silalah ke sana.