Sunday, January 22, 2012

23hb Januari .......

sekali lagi hati disapa sayu.... wlupun 11 tahun pemergiannya, tarikh itu tetap tersemat kemas dihati.  peginya seorang mak yang banyak berjasa dan berkorban utk membesarkan anak-anaknya.  tidak kesampaian utk membalas jasanya.  banyak kisah suka dan duka yang ingin diluahkan tapi hanya impian.  mak yg setia menjadi pendengar luahan hati dan menjadi penasihat bila memerlukan. 


mak!

sedihnya rasa hati ni, masih ingat lagi pesanan mak.  Adik beradik jangan sesekali berpisah.  Terasa hati, jangan dibawa hingga tidak dapat dimaafkan.  Macam mana sakitpun, adik beradik mesti bersatu hati...... ingat lagi pesanan itu hingga kini. Insyaallah, pesanan itu tak akan dilupakan. Alhamdulillah kami adik beradik masih bersatu.

mak!
sejak mak pegi, banyak sangat yang terjadi..... keadaan banyak yang dah berubah.  tiada lagi kemesraan kekeluargaan seperti dulu.  tiada lagi mak saudara, tiada lagi sepupu2. dulu ramai anak buah mak yang berkunjung ke rumah pusaka mak tapi sekarang, jangan harapkan kemeriahan dulu, sorang pun belum tentu hadirnya. Semua anak buah mak hilang entah ke mana.  Merajuk ke?  Terguris hati ke?  Tak  pastilah....

mak!
mak nak tahu, adik beradik mak semua dah berubah! nak citerpun sedih. makngah, maktam, maktih semua tak mcm dulu.... dulu masa baru-baru mak meninggal, adik beradik mak semua ok.  boleh terima kami adik beradik tapi masuk tahun ketiga, banyak yang berlaku.  makngah tak semersa dulu.  walaupun macam tu, along adik beradik tetap berkunjung ke rumahnya.  cuma dua tahun ni aje, along dan adik beradik tak berkunjung.  bukan kami tak sudi tapi kalau hadir kami tak disenangi, rasanya tak perlulah menunjukkan muka. 


maktam, adik mak yang seorang ni masih sudi menerima kami tapi kemesraan tak seperti dulu.  sepatah yang ditanya sepatah jua yang dijawab.  ada masanya keadaan menjadi terlalu sunyi, kaku, seolah-olah tiada apa yang nak dibicarakan.  Pujuk jua hati ni serta pesan dengan adik beradik, kena hormat dengan mak saudara.selagi dia boleh terima kehadiran kita, maka ziarahilah dia. kerana dia mak saudara sebelah mak yang tidak sepatutnya silatulrahim itu diputuskan.

maktih,adik bongsu mak ni memang lama sangat tak berjumpa.  pernah jua along bertanya khabar sebab kenangkan dia mak saudara yang cukup rapat dengan along satu masa dulu tapi sungguh mengecewakan.  rasa sedih sangat.  rasa tak terluah isihati ini.  ada gak along dengar, kalau dia balik ke rumah pusaka arwah uwan, nak menziarah abah dibelakangpun susah. ke rumah saudara lain boleh tapi ke rumah pusaka mak, tak adanya.   mana silapnya bila ditanya, semua tiada jawapan......
 
mak!
along dan adik-adik dah cuba yang terbaik untuk menghormati adik beradik mak tapi kami hampa.  rasa tersisih sangat! mengapa anak-anak mak dibuang oleh saudara mara. dulu hubungan yang erat, sepupu2 boleh bertepuk tampar, makan sama-sama, menangis bersama, sekarang hilang macam tu aje.  kalau ada keramaian, kami adik beradik dilayan seperti tetamu.  kemesraan pun macam dibuat-buat bukannya datang dari hati. sepupu menegur pun hanya sebagai syarat.  lepas tu hilang entah ke mana.  rasa janggal sangat! seolah-olah berkunjung ke rumah orang yang baru dikenali.

mak!
along dah cuba yang terbaik untuk menghormati mak saudara merangkap adik-beradik mak tapi along hampa.  dah banyak airmata tumpah, dah banyak pujuk hati biar kita mengalah demi sebuah ikat kekeluargaan tapi hari ni, rasanya tak perlulah along adik beradik lakukan semua itu. cukuplah apa dirasai.  andainya memang semuanya salah dari along adik beadik, kami semua dah banyak kali mohon maaf.  kalau ditanya mana silapnya, memang kami tak ada jawapannya. doa yang tak pernah putus dari along semoga apa yang terjadi menjadi ikthibar buat kami adik beradik.  baik biarlah berpada-pada dalam setiap hubungan sebab sekali hati dah dilukai, dicalari, sakit dan parutnya tak akan hilang sampai bila-bila......
 
mak!
ampunkan kami adik beradik sesungguhnya kami cuba yang terbaik tapi kebaikan itu tidak berpihak pada kami.  Al-fatihah buat mak.  Ya Allah semoga kau cucurilah rahmat ke atas ibuku dan masukkanlah dia ke dalam syurga firdausmu.  sesesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kami, adik beradiknya serta anak-anak buahnya.  Aminnnnn...........

Sunday, December 25, 2011

Konvo - Anakku Amir

Akhirnya berjaya jua anak kaklong si Amir menamatkan pengajiannya di bidang Kulinari.  Seramai 82 orang telah mendapat Penganugerahan Sijil mengikut kursus masing-masing.  Tahniah kepada yang berjaya

Amir - cukuplah senyum tu.....
sebhgian yg berjaya
pelajar kulinari
sesi bergambar kursus Kulinari

Tuesday, December 13, 2011

Bersantai di Terminal 2

acara wajib - liza, nana dan kaklong
kaklong bersama Ani
Mira bersama farah
Amri bersama Danial

Bersantai bersama kengkawan sambil menonton Ombak Rindu.  Lama dah tak masuk panggung wayang.  Last tengok masa Senario The Movie.  Lama tu..... saja memenuhi permintaan anak untuk menonton wayang.

Monday, December 5, 2011

Kenangan SMTTDI

kebanggan warga smttdi

 
Berpuluh tahun meninggalkan sekolah ni.  Dua bulan lepas kaklong berkesempatan menyelongkar khazanah lama kaklong di stor rumah abah di kampung.  Akhirnya terjumpa majalah sekolah SMTTD Jilid 2.  Rasa terharu le pula.  Inilah sekolah yang memberi kaklong ilmu bermula di tingkatan 1.  Lencana yang dipakai sebagai salah seorang penuntut sekolah tersebut.  Bangga sangat.  Hidup SMTTDI (Sek. Men. Taman Tun Dr. Ismail)

Santai Bersama Kengkwn Lama - Sogo

Sabtu lepas kaklong berkesempatan untuk bertemu kengkawan lama kaklong semasa duduk di Kota Damansara.  Lama sangat tak jumpa dorang sejak kaklong berpindah.  Meriah sangat dengan cerita-cerita lama.  Ada yang suka dan tidak ketinggalan yang duka.

Ani, Saadiah, Kak Te dan kaklong

sempat posing lagi
anak-anak jua turut teruja berjmpa kengkwn lama
Nana, Alif dan Amri
Mira dan Intan
Nana dgn aksinya

Kelas facial dan solekan

Menghadiri diri ke kelas kecantikan. Untuk mencari pengalaman bagi diri sendiri.  Suka kepada kecantikan dan ingin mempratikkan.  Galakkan dari sesorang yang membuatkan kaklong ingin mencuba.  Terimakasih kawan sebab memberi sokongan. 


pemilik pusat kecantikan bersama peserta
peserta diajar teknik mencuci muka
Sesuatu yang menyorokkan apabila bidang itu menjadi kesukaan kita.  Nampak senang aje tapi kalau tak belajar dan tiada minat agar sukar jua.  Ia boleh menjadi sesorang berwajah anggun atau sebaliknya. 


hasil solekan kaklong utk seorg pegawai Giatmara

ini bkn hasil solekan kaklong
salah sorg peserta yg telah disolek
hehehe sape le milik wajah ni?

Majlis Perpisahan 2011 (Amri)

murid yg diraikan

Majlis perpisahan 2011 Amri diadakan di Royal Bintang, Seremban.  Terimakasih kepada Pn. Asmah selaku guru yang mengajurkan majlis ini. Sungguh meriah sekali dan tidak ketinggalan majlis hari jadi disambut untuk anak-anak yang lahir pada bulan Julai - Disember.  Terimakasih kaklong ucapkan kepada guru-guru yang mengajar anak kaklong dengan penuh dedikasi.  Jasa dan pengorbanan semua guru tidak akan dilupai.

cenderhati yg disampaikan oleh  guru besar
sempat posing lagi dgn Pn. Lyn
sebahagian kaum ibu yg diraikan

Majlis Perkhawinan Cik Shila Salim (20hb. Nov 2011)

pelamin - tema biru + putih
Nana dan Kila

Walaupun majlis dah lama berakhir tapi kaklong ingin mengabadikan kenangan tersebut sebagai kenangan akan datang.  Majlis yang diadakan di taman kaklong.  Kiranya jiran belakang rumah.  Tahniah buat pengantin.  Lalu bawah pedang lagi.

bersama jiran tetangga

sempat lagi berposing dgn Pn. Ani

Kembali....


Lama dah kaklong tak singgah di sini.  Banyak sangat yang nak dibuat.  Bukan untuk melupakan blog ni tapi keadaan yang "terpaksa".  Pagi ni berkesempatan untuk singgah sebentar untuk kaklong coretkan sedikit pengalaman yang lalu.  Kenangan di kemudian hari.

Friday, August 19, 2011

Mencari Menu di Hari Raya

Tahun nie raya di rumah mentua pula.  Kaklong tengah dok fikir nak bawa kuih apa yer? Pagi raya nak hidang juadah apa?  Kalau setiap tahun benda yang sama aje, boring gak.  Sambil-sambil tu, search kat intenet, apa juadah yang best untuk dihidang di pagi raya.  Pening nie fikir nak hidang apa.  

Tu baru rumah mentua, untuk raya ketiga nak fikir lak juadah di rumah ayah kaklong pulak.  Nak masak apa pula.  Selalunya raya pertama hingga raya ketiga, rumah ayah kaklong memang ramai tetamu yang berkunjung.  Tapi semua tu dari kalangan anak buah, cucu serta cicit sebelah ayah.  Penat usah cakap le tapi tetap ikhlas menerima tetamu.  Agaknya nak hidang apa?

Baru setahun dua nie terperasaan, bila agaknya jiran sekampung berkunjung.  Selalunya tak pernah nampak pun.  Agaknya semua anak dah balik bertugas barulah dorang sama dorang datang berkunjung kot. Lupa lak nak bertanya.



Boringnya......

Apa yer nak citer.  Sejak anak-anak dah tinggal di asrama, hilang semua citer.  Selalunya kaklong suka bercerita hal anak-anak tapi sekarang nie mcm tak de citerlah pulak.   Rasa sunyi aje.  Amri pagi dah pegi sekolah tinggal le kaklong dengan Nana, sementara nak tunggu pukul 1.00 tengah hari.  Boringnya.  

Kalau nak rasa suasana riuh, tunggu le petang nanti atau malam hari.  Walaupun berdua tapi kalau bergaduh, macam berlima.  Dua-dua boleh tahan garangnya.  Masing-masing nak menang.  Yang si abang suka sangat menyakat si adik, selagi tak menangis adiknya selagi itu le tak berhenti.   Ragam anak....

Tuesday, August 9, 2011

N3 yang dah .....

Kesuntukan masa sejak sebulan dua nie, maka lama dah blog kaklong sunyi dari N3 baru.  Menguruskan persekolahan anak-anak dari A-Z.  Sekarang nie semuanya on9, jadi banyak yang nak dibuat.  Maklum aje le kaklong nie bukannya pandai sangat nak buka laman web ni, buka laman web tu.  Itu sebab le ambil masa sikit.  Zaman kaklong dulu semua borang ambil kat pejabat aje tapi sekarang print aje kat komputer.  Siapkan aje berapa set yang diminta. Borang nak masuk U, borang nak pinjaman, print aje pastu kalau nak cepat, uruskan sendiri.  Nak matikan setem kat borang pinjaman pun kena uruskan sendiri.  Anak-anak tahu dah siap aje.   Nasib baiklah mulut nie rajin bertanya kalau tak susah jua. 


Saturday, June 25, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 - SMVJ

Berkesempatan untuk menghadirkan diri bagi menyaksikan majlis anugerah cemerlang 2011 di SMVJ untuk anak kaklong si Amirul.  Segak bergaya anak kaklong dengan jubah yang dipakai.  Rasa-rasanya macam dah masuk universiti lak pulak.  
beratur utk menerima sijil
mendengar penerangan dr guru
tersenyum riang si Amirul
pentas - menyaksikan semuanya

Di sini jua kaklong pernah menjadi penuntut pertama di sekolah tersebut.(84/85) Terlalu banyak kenangan sepanjang menjadi penghuni SMVJ.  27 tahun berlalu, rupanya masih ada kesempatan lagi untuk kaklong menjejakkan kaki ke sini. Banyak sudah yang berubah tapi masih ada seorang guru kaklong yang setia menjadi penghuni SMVJ, cikgu Mohd Sani Md Dom.  Syabas cikgu, setia bersama SMVJ.


Friday, June 24, 2011

Selamat Belajar - Amira

Akhirnya berjaya jua anak kaklong melanjutkan pelajaran ke IPTA.  Walaupun ianya bukanlah bidang yang dipohon, Diploma Pengurusan Pelancongan.  Menerima tawaran Diploma Sains Kesetiausahaan, sama seperti kursus yang kaklong pohon, 25 tahun dulu.  Kiranya Amira mewariskan "bakat" ibunya. 

Semuanya atas usaha kita jua, hendak seribu daya.  Dulu kaklong bukan minat pun kursus tersebut tapi   akhirnya berjaya jua. Kita kena cuba sesuatu yang baru, semua itu adalah pengalaman.  Selamat menempuh alam seterusnya.  Doa ibu semoga kakak terus berjaya.

Seorang lagi anak kaklong akan pergi.  Maka bertambah sunyilah rumah ini.

Thursday, June 23, 2011

Tajuk apa yer....

Petang semalam kaklong terima panggilan dari sekolah anak kaklong si Amirul.


Sek :  Selamat petang puan.   Saya dari tut..... sekolah anak puan, Muhammad Amirul Ramlan

Kaklong :  (berdebar-debar nie)  Ada apa puan?  Ada apa-apa yang terjadi?


Sek :  Tak puan.  Kami ingin menjemput dan mengesahkan kehadiran puan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 pada 24hb Jun nie.  Anak puan akan menerima 2 anugerah atas kecemerlangan dia sepanjang bersekolah di sini.  Puan akan hadir.


Kaklong :  Insya'allah, saya akan hadir.  (sebak tak tahu nak ckp apa.  sbb kaklong tahu anak kaklong mcm mana. )



Dalam hati bersyukur sebab tak sia-sia kaklong menghantar dia ke sana.  Kalau bersekolah di sini dulu, belum pasti kejayaan ini akan diperolehi.


Mengimbau kembali semasa dia bersekolah di sini (SMK Seri Pagi)

Sek :  Selamat pagi puan, saya dari sekolah anak puan, Muhammad Amirul Ramlan.

kaklong :  (situasi yg sama - berdebar-debar)  Apa apa puan?  Ada apa-apa terjadi?

Sek :  Boleh puan datang sekolah untuk berbincang masalah anak puan?


kaklong :  Insya'allah, saya akan hadir.  (hati terus sebak tapi tak seperti di situasi di atas)


Semua ini pengalaman seorang ibu dalam mendidik anak-anak yang kian remaja.  Semoga Allah memberi kekuatan untuk kaklong.  Doakan kejayaan anak kaklong yer....




Tuesday, June 21, 2011

Hasil Usaha Anakku - Amir

Pejam celik, pejam celik akhirnya anak kaklong habis jua belajar untuk sem pertamanya.  Terharu juga dengan pencapaiannya walaupun bukan bidang yang diminati.  Usaha kaklong untuk memberi galakkan serta dorongan buat si anak. 

Sekarang ni, cuti selama 2 minggu.  Doa kaklong untuk Amir,  semoga sem 2 nanti, akan lebih cemerlang dan kreatif.


juri menilai hasil masakan utk diberi markah

berdebar-debar menunggu markah dari juri
masakan yg dihasilkan
setiap kumpulan terdiri 4 pelajar

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa istimewa untuk abah kaklong, Tuan Hj Yusof b. Dolah yang banyak mengajar kami. Seorang bapa yang tegas dan mementingkan disiplin dalam hidup.  Dari kecil hinggalah kaklong dah bergelar seorang ibu, sikap tegas terhadap anak-anak tetap tidak berubah. Ada kalanya boleh membuatkan kaklong berkecil hati tapi kaklong tetap sayang dengannya. 

Abah, kami smua sygkan abah.....

Friday, June 3, 2011

Terimakasih Puan Annie


Tak sangka lak kawan kaklong, Puan Annie datang rumah siap bawa sebiji kek untuk meraikan ulangtahun kaklong.  Majlis yang memang tak dirancang, jadi makan aje le apa yang ada.  Seronok gak, surprise party.


Besday kaklong dgn Liza
kwn yg masih lagi bersama, liza, kaklong dan Annie


nie aje yg ada